Seven years in Korea
February 2, 2010
on a cold day
January 30, 2010
Hari Ini dalam Salji
January 4, 2010
bukak pintu untuk ke kelas I was surprise to find that salji sangat tebal depan rumah. Dengar berita , salji turun dari waktu subuh. setinggi 25 cm++ kereta semua berjalan perlahan-lahan, tak boleh bergerak pun ada. Kemalangan banyak berlaku. orang ramai di nasihatkan naik public transport. tengok berita bas pun terjunam ke bahu jalan sebab tak dpt kawal. jalan sangat licin orang nak jalan pun susah. Not to mention lebih penat berjalan atas salji nih daripada jalan tar..sama macam berlari lari di tepi pantai..mmg penat.
Copy from Utusan
SEOUL 4 Jan. – Salji tebal paling buruk yang pernah melanda Korea Selatan, mengakibatkan berpuluh- puluh penerbangan terkandas di beberapa lapangan terbang utama negara itu hari ini dan menyebabkan keadaan menjadi kucar kacir di tengah wilayah tersebut termasuk di ibu negaranya, Seoul, lapor pegawai.
Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), salji setebal kira-kira 26 sentimeter dilapor melitupi Seoul, satu rekod paling buruk yang pernah dicatat di negara tersebut.
Pegawai lapangan terbang memaklumkan, lapangan terbang Gimpo di Seoul yang juga hab untuk penerbangan domestik, terpaksa membatalkan 90 penerbangan keluar dan masuk berikutan keadaan tersebut.
Kata pegawai itu, lapangan terbang Incheon iaitu lapangan terbang antarabangsa utama di barat Seoul, turut membatalkan empat penerbangan sementara 40 penerbangan lain terpaksa ditangguh.
“Keadaan salji kali ini merupakan yang terburuk sejak data salji yang turun dikumpulkan pada 1937,” kata jurucakap KMA, Kim Gyu-Il kepada AFP.
Sementara itu, di China, pihak berkuasa Beijing menutup sekolah, menggerakkan bas-bas tambahan dan mengarahkan beribu-ribu penduduknya bagi membantu membersihkan jalan-jalan raya dan laluan yang dilitupi ais hari ini, ketika ibu negara tersebut dilanda cuaca sejuk paling buruk dalam tempoh beberapa tahun.
Penduduk di utara China memulakan minggu kerja hari ini selepas keadaan sejuk dan salji tebal melitupi wilayah tersebut hujung minggu lalu, sehingga melumpuhkan lebuh-lebuh raya dan memaksa pembatalan banyak penerbangan.
“Suhu yang rendah dan jalan yang dilitupi ais dijangka menjejaskan lalu lintas tempatan hari ini dengan teruk,” kata Song Jianguo, ketua Biro Pengurusan Trafik Beijing kepada agensi berita Xinhua.
Sehingga kini masih belum ada sebarang tanda yang menunjukkan cuaca buruk itu akan menyebabkan gangguan selama berminggu-minggu dan gangguan bekalan elektrik yang pernah melanda beberapa bahagian di selatan China semasa musim sejuk luar biasa pada 2008.
Bagaimanapun, keadaan sejuk dan bersalji itu boleh menyebabkan harga makanan meningkat berikutan proses penghantaran yang terhenti dan merosakkan gas rumah hijau, menangguhkan penerbangan dan mengakibatkan aktiviti perniagaan di Beijing dan bandar-bandar lain tergendala beberapa hari. – AFP/Reuters
Subway
January 1, 2010
Hari nih aku terpaksa pergi ke Pejabat untuk mengambil reference letter yg ditinggalkan oleh professor aku. Dari Inha naik express subway untuk terus ke yongsan sebelum meneruskan perjalanan ke Dongmyo dah kemudian transfer ke Korea university station. Dari rumah kawan aku ni, mengambil masa lebih kurang dua jam. Dalam perjalanan dari Inha ke Yongsan, dua orang perempuan masuk, seorang duduk sebelah aku dah seorang lagi berdiri dihadapan rakannya itu kerana seat tak cukup. Mereka mula bercakap-cakap sambil mengerakkan tangan. Tiada sebarang bunyi, cuma isyarat tangan dan expresi muka sahaja. namun mereka kelihatan begitu normal sahaja. 40 minutes buat aku rasa resah dek pakcik yg kangkang luas luas.
Sampai sahaja..aku terus ke pejabat. ambil surat yg di seal dan bersign dia penutupnya. Sampul surat, Korea University. Aku bukak dan baca. Selain dari beberapa pujian yg aku rasa tak penting untuk aku tulis disini, ada beberapa part yg berbaur sedih. Antaranya, profesor aku terang terang berkata dia sedih aku menolak tawaran dia untuk melanjutkan Master dalam bidang Nanotech under Lab dia. Namun dia berkata bahawa dia hormati hasrat aku yg ingin bekerja setelah menamatkan pelajaran dari sini. Memang aku serba salah juga dulu. Aku tidak bagitau sapa-sapa dan tidak pernah berbincang mengenainya samada dengan family atau dengan kawan-kawan.
Dua tiga kali juga dia bertanya dan menyuruh aku isi borang. aku masih ingat pagi tu, aku terserempak dengan dia masa turun dari lift. Dia berkata kalau aku ubah fikiran untuk sambung master please do tell him. But I told him that I’m going back to Malaysia. He looked very sad. Well at least I got a very got reference letter. He also wrote how good my thesis was and still on the editing process before being submitted to the International Science Journal. And I said that I will keep in touch with him.
Sebelum balik semula ke Inha aku singgah sekejap sahaja di rumah sendiri untuk tukar dan ambik beberapa helai pakaian bersih. dan terus kembali menaiki subway. Kali nih ada seorang warga tua homeless masuk. Nenek. Daripada rambutnya yg berkepul kepul macam dread locks tu aku dapat tau dia homeless. Moreover dia pakai baju sejuk yg sangat kotor sambil bawak beg beg plastic yg berisi berbagai jenis barang yg aku sendiri pun tidak pasti apa. Dia sangat tua. dia jalan melalui celah celah manusia yg memenuhi subway di waktu habis kerja, sambil merayu rayu memintak bantuan. Suhu sangat sejuk di luar. aku sangat sedih memikirkan bagaimana dia dapat harungi musim sejuk yg sangat sejuk…..terutama pada hari ini. Walaupun agak sedih, namun sedikit sebanyak telah menginsafkan diri aku…yg jarang sangat bersyukur..maybe aku perlu terima saja apa yg ada dan apa yg aku perolehi?
Always gonna be another mountain
December 28, 2009
“And I always gonna wanna make it moves”
selesai panjat satu gunung….muncul lagi. Macam tu jugak kehidupan, habis belajar I will face other challenge. Banyak lagi dugaan dalam hidup yg akan kita hadapi, bila dan bersediakah kita ketika itu, aku tidak pasti. Great lyric from the climb by Miley cyrus.
Semalam baru balik dari trip from Busan and Daegu, we rent a van. Best. cuaca agak warmer kat belah bawah, yg berdekatan dengan jepun, no wonder suhu winter di Jepun tidak sesejuk suhu winter di sini.
Aku amik kelas spanish..sambung lagi. but for fun now..I dont really care about the result anymore. rasa best dan berlainan skrg. you can do whatever you like. takdak sapa paksa. Hari hari aku berulang alik dari Incheon to Korea university. about sejam setengah untuk sampai ke University setiap hari. Kelas bermula jam 1 ptg, jadi aku akan mula bertolak seawal 10.30, dan bila smpi I will have lunch first then baru pergi kelas.
Rumah sebenarnya tepi pagar University saja tapi, sebab sangat bosan duduk di rumah sorang sorang I had decided to stay with my friends kat area Inha University.
p/s citer Avatar mmg betol betol ho liao…kena tgk 3D punya










